Anwar mahu lebih banyak program wacana dianjurkan

Sumber: Berita Harian
Anwar mahu lebih banyak program wacana dianjurkan
Gambar: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap lebih banyak program berunsur wacana dianjurkan.

Beliau berkata, program sedemikian dapat memberi pencerahan dan merungkai kekeliruan.

Usaha itu juga diharap mencetuskan percambahan idea serta menyuburkan budaya dialog yang matang dan terbuka.