AS cadang tarif tambahan sehingga 18 peratus ke atas barangan Malaysia

Sumber: Berita Harian
AS cadang tarif tambahan sehingga 18 peratus ke atas barangan Malaysia
Gambar: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mencadangkan tarif tambahan sehingga 18 peratus terhadap barangan Malaysia.

Washington mendakwa dasar perindustrian dan amalan pembuatan Malaysia menyumbang kepada lebihan kapasiti struktur.

AS turut mendakwa pengeluaran itu membebankan atau menyekat perdagangan negara berkenaan.