AS cadang tarif tambahan hingga 18 peratus ke atas barangan Malaysia

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mencadangkan tarif tambahan sehingga 18 peratus ke atas barangan Malaysia.
Cadangan itu dibuat selepas AS menilai dasar perindustrian dan amalan pembuatan Malaysia.
Washington mendakwa kedua-dua faktor itu menyumbang kepada lebihan kapasiti serta pengeluaran berstruktur yang membebankan atau menyekat perdagangan AS.