JAINJ siasat penemuan al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram

Sumber: Berita Harian
JAINJ siasat penemuan al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
Gambar: Berita Harian

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menjalankan siasatan susulan penemuan bungkusan plastik berisi naskhah al-Quran dan pelbagai buku agama di tepi jalan di Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam.

Bungkusan itu mengandungi 22 naskhah al-Quran.

JAINJ turut membuat laporan polis berhubung penemuan berkenaan.