Harga MSM dijangka melebihi RM4,100 satu tan pada Disember

Sumber: Berita Harian
Harga MSM dijangka melebihi RM4,100 satu tan pada Disember
Gambar: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal melebihi RM4,100 satu tan metrik pada Disember, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

MPOC berkata harga yang kompetitif berbanding minyak sayuran lain menjadi antara faktor sokongan.

Ketidaktentuan geopolitik dan potensi risiko bekalan pada 2027 turut menyokong jangkaan itu.