Tabung malapetaka daerah salur lebih RM4.49 juta kepada 6,290 penerima - MB Pahang

Sumber: Astro Awani
Tabung malapetaka daerah salur lebih RM4.49 juta kepada 6,290 penerima - MB Pahang
Gambar: Astro Awani

KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang merekodkan bantuan berjumlah lebih RM4.49 juta bagi 6,290 kes penerima Tabung Malapetaka Daerah (TMD) bermula 2022 hingga Oktober lepas. Daripada laporan pihak berkenaan, Bantuan itu disalurkan dalam empat kategori utama iaitu kes ribut, kebakaran, kematian dan bencana lain termasuk tanah runtuh, ditimpa pokok serta lemas.

Secara khususnya, kerajaan negeri menyalurkan RM50,000 secara ampungan kepada tabung ini bagi setiap daerah yang diuruskan oleh Pegawai Daerah. Sekiranya berlaku bencana, pengerusi TMD boleh menggunakan wang ini untuk bantuan segera, maknanya duit sudah ada. Jika tidak mencukupi, pihak daerah boleh memohon kepada kerajaan negeri untuk tambahan, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ho Chi Yang (PH-Tanah Rata) berhubung jumlah peruntukan disediakan kepada Tabung Bantuan Bencana Daerah bagi setiap daerah dari 2022 hingga kini. Menjawab soalan tambahan Ho berkaitan cadangan mewujudkan tabung bencana pertanian, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri bersedia mengkaji inisiatif berkenaan. “Cadangan itu kerajaan negeri akan kaji sebab kedudukan kewangan semakin baik, kalau tidak ada tabung pun mungkin boleh beri sekali sahaja,” katanya.