Anwar jamin hak penduduk asal dipertahan menerusi RUU Pembaharuan Semula Bandar

Sumber: Berita Harian
Anwar jamin hak penduduk asal dipertahan menerusi RUU Pembaharuan Semula Bandar
Gambar: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan hak penduduk asal akan terus dipertahankan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA).

Beliau turut menepis dakwaan bahawa usaha menggubal RUU itu bermotifkan agenda perkauman.

Anwar juga menolak dakwaan usaha berkenaan dibuat bagi memenuhi kepentingan pemaju.