Ronaldo cetus kontroversi perli pengadil dalam ACLE

Sumber: Harian Metro
Ronaldo cetus kontroversi perli pengadil dalam ACLE
Gambar: Harian Metro

Riyadh: Cristiano Ronaldo mencetuskan kontroversi selepas bertindak menutup matanya dan meniru aksi penjaga garisan mengangkat bendera ketika Al Nassr menewaskan Al Sadd 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). Pada babak kedua perlawanan itu, ketika Al Nassr mendahului 2-1, Ronaldo terlibat dalam insiden di kawasan kotak penalti berhampiran pihak lawan selepas mendakwa dirinya dikasari dan menuntut sepakan penalti.

Penjaga garisan mengangkat bendera menandakan ofsaid sebelum pengadil dari Jordan, Adham Makhadmeh, memberi sepakan percuma kepada Al Sadd. Ronaldo dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan menutup matanya menggunakan tangan, sebelum meniru aksi penjaga garisan mengibarkan bendera sebagai reaksi terhadap keputusan pengadil.

Tindakan itu menimbulkan kebimbangan di kalangan penyokong Al Nassr yang risau kapten pasukan berkenaan mungkin dikenakan penggantungan jika terdapat tindakan disiplin. Namun, sehingga laporan ini ditulis, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) belum mengumumkan sebarang tindakan terhadap pemain berusia 41 tahun itu.

Dari segi prestasi di padang, Ronaldo beraksi selama 90 minit. Sofascore memberikan penarafan 7.6 kepadanya, nombor dua tertinggi dalam kalangan pemain Al Nassr selepas rakan senegaranya, Joao Felix, yang memperoleh 8.9. Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-12 melalui sepakan penalti, rembatan kencang ke sebelah kanan gawang menewaskan penjaga gol Meshaal Barsham, memulakan kejayaan pasukan dalam perlawanan tersebut.