Pembedahan lutut ancam misi Sinner

Sumber: Harian Metro
Pembedahan lutut ancam misi Sinner
Gambar: Harian Metro

Jannik Sinner berdepan risiko terlepas Terbuka Australia selepas mengesahkan dia menjalani pembedahan pada lutut kanan yang bermasalah. Juara lima gelaran Grand Slam itu tidak beraksi dalam sebarang perlawanan sejak menjuarai Wimbledon buat kali kedua pada Julai lalu, sementara kurang dua bulan sebelum kejohanan utama pertama musim ini bermula di Melbourne.

“S sejak beberapa bulan lalu, saya bersama pasukan sudah mencuba segala cara untuk merawat kecederaan ini tanpa pembedahan. Selepas menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan pada peringkat awal, malangnya lutut saya tidak memberikan tindak balas seperti yang kami harapkan. Sebab itu, saya menjalani pembedahan kecil hari ini untuk memperbaiki keadaan jalur iliotibial saya,” kata Sinner dalam satu kenyataan. Prosedur itu, yang dilaporkan lebih awal dilakukan pakar kecederaan lutut, Lasse Lempainen di sebuah klinik di Finland.

Seorang lagi pakar kecederaan lutut, Fabrizio Terrone dari pusat Isokinetic di Turin, memberitahu Sky Sport bahawa tempoh ketiadaan Sinner mungkin berlanjutan “sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan”. Ini bermakna Sinner paling awal mungkin kembali beraksi dengan raket di tangan ketika siri kejohanan gelanggang keras di Amerika Syarikat, iaitu Masters Indian Wells dan Miami. Pemain berusia 25 tahun itu baru-baru ini mengakui kecederaan paling teruk sepanjang kariernya menyebabkan dia hampir tidak mampu bergerak.