PBDS umum calon bagi 26 kerusi, bertembung DAP di Opar

Sumber: Free Malaysia Today
PBDS umum calon bagi 26 kerusi, bertembung DAP di Opar
Gambar: Free Malaysia Today

Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) akan bertanding di 26 kerusi pada pilihan raya Sarawak 12 Disember ini, termasuk berdepan DAP di Opar meskipun kedua-dua parti mencapai pakatan pilihan raya.

Presiden PBDS, John Brian Anthony, mengumumkan senarai calon parti itu hari ini. Beliau akan bertanding di kerusi Kakus, yang majoriti pengundinya kaum Dayak. Opar, satu lagi kerusi majoriti Dayak, dijangka menyaksikan pertembungan PBDS dengan DAP.

Calon PBDS di kawasan lain ialah Bayang Teron di Opar, Jani Unggu @ Daniel Jani di Tasik Biru, Bego Sepop di Serembu, Sanjan Daik di Mambong dan Lebanon Ero di Tarat.

Bagi Tebedu, calon parti itu ialah Kembi Rigong; Kedup, Vincent Amis; Bukit Semuja, Joannas Ruba; Balai Ringin, Petrus Simon Awan; Bukit Begunan, Jimmy Uding; Kalaka, Thomas Buan; Krian, John Antau Linggang; dan Kabong, Belitang Abeng.

Tedwin Beti akan bertanding di Ngemah, Setia Brian di Machan, Stanley Phua di Dudong, Anthony Didy Entawamat di Tamin, Leighton Manjah di Baleh dan Bernard Tahim Bael di Kemena.

Senarai itu turut menamakan Baba Emperan di Samalaju, Sulang Limu di Lambir, Miri Janging @ Mary Jangin di Telang Usan, Damien Epoi di Mulu, Peri Lusong di Batu Danau serta Pia Asut @ Peter di Ba'kelalan.