Jenazah A Samad Said Disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar

Jenazah Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said selesai disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. Solat jenazah dipimpin Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Muhammad Abid Ayub, dan dihadiri ratusan jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham, rakan penggiat seni serta orang ramai pada jam 10.10 pagi.
Antara mereka yang turut hadir ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim; Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kayat. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 untuk dikebumikan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada petang semalam. Beliau sebelum ini menerima rawatan di HKL selepas dimasukkan ke wad petang semalam akibat sakit tua serta turut menghidap diabetes dan jangkitan paru-paru. Mayat dibawa ke lokasi pengebumian mengikut perancangan yang ditetapkan.