El Nino 2027 bakal uji bekalan air pusat data

Kuala Lumpur: BMI, subsidiari Fitch Solutions, menjangka El Nino akan menimbulkan ujian tekanan awal terhadap pusat-pusat data sedia ada berikutan kapasiti yang terus berkembang pesat walaupun dalam keadaan pasaran yang menghadapi kekurangan bekalan air. Menurut BMI, di lokasi yang dikenal pasti berisiko kemarau, fenomena 2026/27 dijangka menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan air, catuan dan langkah kecemasan yang akan memberi impak lebih besar terhadap penggunaan air pusat data menjelang musim kering 2027. Satu kenyataan menyatakan bahawa “Kesemua ini menjadikan El Nino sebagai ujian tekanan awal untuk pusat data sedia ada, yang susunan bekalan air dan sistem penyejukannya akan diuji menjelang musim kering 2027, dan risiko menurun bagi yang dirancang tetapi syarat kebenaran akan menjadi lebih ketat, kelewatan kelulusan dan kos sistem penyejukan jimat air akan melonjak tinggi.”
BMI berkata daripada 83.6GW kapasiti pusat data dalam pangkalan data projek pusat data BMI, sekitar 21 peratus terletak di lokasi yang mana El Nino meningkatkan tekanan air. Untuk mengenal pasti lokasi tersebut, BMI mengklasifikasikan setiap lokasi projek sebagai tadahan hujan atau tadahan salji, berdasarkan jumlah air dalam lembangan bekalan mereka berasal daripada lokasi cair salji, lokasi tadahan hujan yang telah diuji berbanding indeks kemarau global 2013-2026 dan lokasi tadahan salji berbanding cair salji serta aliran sungai dalam lembangan bekalan sejak 1951.
Kapasiti terdedah termasuk kira-kira 3.8GW kapasiti langsung, yang menghadapi ujian tekanan, dan sekitar 13.8GW dalam perancangan, yang menghadapi risiko penurunan. Untuk 14.9GW di 16 lokasi, El Nino pada tahun-tahun sebelumnya telah menyaksikan kekurangan air, catuan atau pelaksanaan langkah kecemasan, manakala 11.6GW daripadanya masih dalam pembinaan atau dirancang. “Asia-Pasifik menyumbang 92 peratus daripada kapasiti yang sangat terdedah dan kerana kebanyakan kapasiti terdedah belum dibina dan opsyen penyejukan masih boleh disesuaikan,” katanya.
BMI menyatakan gugusan Johor-Singapura-Batam adalah yang paling terdedah, merangkumi kapasiti 6.6GW, manakala 4.7GW daripadanya masih dalam perancangan, dengan jumlah hujan yang amat kurang semasa empoh El Nino. Di kawasan tersebut, bulan-bulan El Nino biasanya menyaksikan potensi kemarau antara 25-37 peratus sejak 2013 berbanding sifar hingga tiga peratus dalam bulan-bulan neutral, dan pada El Nino 2015/16 takungan Linggiu di Sungai Johor yang membekalkan air ke Johor dan Singapura pernah jatuh ke paras terendah.
“Fenomena 2023/24 menyaksikan keadaan tempatan yang agak basah, ini bermakna El Nino boleh meningkatkan kemungkinan tahun kering secara tiba-tiba,” tambahnya. BMI juga berkata dasar berkaitan sudah dilaksanakan selepas Johor mengetatkan kelulusan untuk pusat data intensif air sejak 2025, dan kerajaan persekutuan Malaysia berkata pada Oktober 2026 bahawa negeri tanpa air yang mencukupi tidak dibenarkan menjadi tumpuan pusat data.