MAG Beli 10 Boeing 787 Dreamliner; Opsyen 6 Lagi, kapsul kemaskini armada MAG
Kuala Lumpur – Malaysia Aviation Group (MAG) bersetuju untuk memperoleh 10 pesawat Boeing 787 Dreamliner secara terus daripada Boeing, dengan pilihan untuk tambahan enam lagi pesawat sebagai sebahagian daripada strategi kemaskini armada kumpulan itu. Pemilihan ini dibuat selepas proses penilaian yang komprehensif, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Captain Nasaruddin A Bakar. Malaysia Airlines akan menjadi syarika penerbangan Malaysia pertama yang mengoperasikan varian 787 Dreamliner.
Menurut Captain Nasaruddin, pemilihan 787 Dreamliner telah diambil selepas penilaian menyeluruh dan pesawat itu dilihat sebagai pilihan yang tepat untuk syarikat penerbangan nasional bagi memenuhi keperluan kapasiti, keluwesan dan kecekapan untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang. “It offers the capacity, flexibility and efficiency required to support our long-term growth. More importantly, it will enable us to continue elevating the experience we provide to our customers while strengthening our competitiveness in key international markets," katanya dalam ucapannya pada upacara pertukaran dokumen bagi perolehan pesawat berkuasa jarak jauh MAG hari ini.
Captain Nasaruddin juga menyatakan perolehan ini akan menyokong pelaksanaan penggantian berperingkat terhadap tujuh pesawat Airbus A350 MAG, yang dijangka diganti antara 2032 dan 2035 sebagai sebahagian daripada program kemaskini armada yang lebih luas. Pesawat 787 Dreamliner dijadualkan untuk penghantaran antara 2032 dan 2035 dan dijana oleh enjin GE Aerospace GEnx. Hadir juga sebagai saksi pertukaran itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.