Himpunan global kecam keganasan terhadap wanita

Sumber: Al Jazeera

Wanita berhimpun di seluruh dunia bagi memperingati Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan terhadap Wanita.

Seramai kira-kira 47,000 wanita dan kanak-kanak perempuan dibunuh dengan sengaja oleh pasangan intim atau ahli keluarga pada tahun lalu, menurut data Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) serta UN Women.

Angka itu terkandung dalam Ringkasan Femisid 2026 yang diterbitkan pada Selasa sempena hari antarabangsa berkenaan. Laporan tersebut menunjukkan skala pembunuhan berasaskan gender di seluruh dunia.

Jumlah itu lebih rendah berbanding anggaran 50,000 mangsa pada 2024. Namun, PBB berkata perubahan tersebut sebahagian besarnya mencerminkan peningkatan mutu data di peringkat negara, bukannya penurunan sebenar kes femisid.

Tiada rantau terkecuali daripada pembunuhan seumpama itu, yang direkodkan di seluruh dunia. PBB turut mendapati kadar pembunuhan keseluruhan telah menurun di peringkat global, tetapi kadar femisid menurun dengan lebih perlahan.