Nilai rampasan AKPS meningkat lebih empat kali ganda

KUALA LUMPUR: Nilai rampasan keseluruhan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di pintu masuk negara mencecah RM322.74 juta sehingga Oktober lalu.
Jumlah itu meningkat lebih empat kali ganda berbanding RM82.10 juta yang direkodkan pada tahun pertama operasi pada 2025.
Rampasan berkenaan dibuat menerusi penguatkuasaan AKPS.