AFFIN Islamic, MUIS perkukuh perbankan Islam di Sabah

KUALA LUMPUR: Affin Islamic Bank Bhd (AFFIN Islamic) bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk memperkukuh perkhidmatan perbankan Islam di Sabah.
Kerjasama strategik itu memberi tumpuan kepada pendigitalan pengurusan masjid.
Kutipan dana Islam turut menjadi fokus usaha berkenaan.