SIRIM QAS International pertama di Asia Tenggara diakreditasi AS9110

KUALA LUMPUR: SIRIM QAS International Sdn Bhd menjadi badan pensijilan pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang diakreditasi bagi AS9110.
Anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad itu menerima akreditasi untuk Keperluan Sistem Pengurusan Kualiti AS9110.
Pensijilan berkenaan adalah bagi Organisasi Penyelenggaraan Penerbangan.