Anwar setuju pendidikan kesihatan mental dimasukkan dalam kurikulum sekolah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memasukkan elemen pendidikan kesihatan mental dalam kurikulum sekolah.
Cadangan itu bertujuan membimbing pelajar serta membantu mereka mengurus tekanan dengan lebih baik.