KLK catat kerugian bersih RM118.39 juta bagi tahun kewangan 2026

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) merekodkan kerugian bersih RM118.39 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026.
Prestasi itu berbeza berbanding tahun sebelumnya, apabila kumpulan mencatat keuntungan bersih RM817.27 juta.
KLK mengiktiraf kerugian rosot nilai bukan tunai sebanyak RM1.61 bilion ke atas pelaburannya dalam Synthomer plc.