PETRONAS, Staatsolie capai keputusan pelaburan akhir pembangunan gas Suriname

Sumber: Berita Harian
PETRONAS, Staatsolie capai keputusan pelaburan akhir pembangunan gas Suriname
Gambar: Berita Harian

PETRONAS dan Staatsolie Maatschappij Suriname NV (Staatsolie) mencapai keputusan pelaburan akhir (FID) bagi pembangunan medan gas Sloanea di Suriname.

PETRONAS melaksanakan projek itu menerusi anak syarikat milik penuhnya, PETRONAS Suriname E&P BV (PSEPBV).

Medan Sloanea terletak di luar pesisir Blok 52, Suriname.