PayLater by Grab kini diterima di premis DuitNow QR

Sumber: Harian Metro
PayLater by Grab kini diterima di premis DuitNow QR
Gambar: Harian Metro

KUALA LUMPUR: Pengguna Grab kini boleh menggunakan PayLater by Grab di jutaan premis perniagaan di seluruh negara yang menerima pembayaran melalui kod DuitNow QR, susulan integrasi kemudahan itu dengan rangkaian berkenaan.

Pengguna tidak lagi perlu mencari premis yang memaparkan logo PayLater by Grab. Mereka hanya perlu mengimbas kod DuitNow QR di kaunter pembayaran dan memilih PayLater by Grab sebagai kaedah transaksi.

Kemudahan itu boleh digunakan di pelbagai jenis premis, termasuk warung, restoran, pasar raya dan penyedia perkhidmatan pelancongan. Pilihan pembayaran yang ditawarkan ialah bayaran pada bulan berikutnya atau ansuran bulanan selama empat, lapan dan 12 bulan, dengan kadar faedah serendah sifar peratus, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pengguna juga berpeluang memperoleh ganjaran sehingga 2x GrabCoins bagi setiap transaksi PayLater by Grab. Selain itu, kempen khas sempena peluasan penerimaan pembayaran itu menawarkan potongan RM10 untuk pembelian di kedai fizikal.

Pengguna sedia ada boleh menebus potongan berkenaan dengan memasukkan kod promosi PAYLATER10 bagi perbelanjaan minimum RM100. Baucar PayLater by Grab boleh ditebus menerusi pautan https://grb.to/4tm0oew.

Sementara itu, pengguna kali pertama PayLater boleh menggunakan kod promosi NEWPAYLATER10 untuk mendapat potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50. Tawaran itu boleh diaktifkan menerusi https://grb.to/3WYNIOM.

Penerimaan PayLater by Grab melalui DuitNow QR menyediakan pilihan pembayaran tambahan kepada pengguna, selain membolehkan mereka mengurus perbelanjaan harian mengikut kemampuan masing-masing.