Malaysia, China Perkukuhkan Kerjasama Keselamatan dan Penguatkuasaan
Malaysia dan China akan terus memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, terutama dalam mengatasi ancaman jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks. Perkembangan itu dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika beliau menghadiri pertemuan dengan State Councilor dan Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong di Shenzhen, China, semalam.
Beliau berkata pertemuan itu turut mendapat liputan luas dalam media utama China dan menumpukan usaha untuk menangani penipuan telekomunikasi serta jenayah siber. “We also discussed efforts to intensify joint operations, strengthen cooperation in strategic areas and advance international initiatives to combat telecommunications and cyber fraud,” katanya dalam kiriman Facebook hari ini.
Saifuddin Nasution berkata pertemuan bersejarah itu juga menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama berkaitan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan antara kedua-dua negara. Beliau menegaskan bahawa kerjasama keselamatan adalah penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Beliau menambah bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan China adalah rapat, dan kerjasama keselamatan tidak hanya bertujuan mengukuhkan hubungan strategik tetapi juga demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat. Saifuddin Nasution adalah sebahagian daripada delegasi rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China bagi Persidangan APEC.
BERNAMA menyediakan berita terbaharu yang sahih dan komprehensif melalui BERNAMA Wires serta rangkaian siaran dan platform lain.