Enam EXCO Negeri Sembilan dilantik selepas kemelut hampir empat bulan

Sumber: Harian Metro
Enam EXCO Negeri Sembilan dilantik selepas kemelut hampir empat bulan
Gambar: Harian Metro

KUALA PILAH: Pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan kembali dibentuk hari ini selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melantik enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Pelantikan itu menamatkan kemelut yang berlarutan hampir empat bulan.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah jawatan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, di sini. Turut berangkat ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Menteri Besar Datuk Ismail Lasim mengumumkan senarai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menganggotai barisan EXCO. Empat daripada mereka ialah ADUN Kota, Suhaimi Aini; ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil; ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir; dan ADUN Repah, Koh Kim Swee daripada MCA.

Dua lagi yang dilantik ialah ADUN Gemas daripada Wawasan, Ridzuan Ahmad, serta ADUN Bagan Pinang daripada PAS, Abdul Fatah Zakaria.

Ismail mengucapkan tahniah kepada semua ADUN yang diperkenankan untuk dilantik sebagai EXCO. Beliau turut menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas perkenan terhadap pelantikan itu.