Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri hingga 8 malam

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta Kuala Lumpur hingga 8 malam ini.
Dalam kenyataan pada 4.30 petang, MetMalaysia memaklumkan amaran melibatkan seluruh Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Di Kedah, kawasan terjejas ialah Kuala Muda, Sik, Pendang, Yan, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Amaran di Perak meliputi Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Di Selangor, kawasan berkenaan ialah Hulu Langat, Hulu Selangor dan Gombak.
Di Kelantan, amaran melibatkan Gua Musang, manakala di Pahang ia meliputi Lipis dan Cameron Highlands. Kawasan terjejas di Negeri Sembilan ialah Jelebu, Kuala Pilah, Seremban dan Rembau, sementara di Melaka melibatkan Alor Gajah.
Di Sarawak, amaran merangkumi Selangau di Sibu, Tatau di Bintulu, Mukah, Pusa dan Betong di Betong, Pantu dan Lingga di Sri Aman, Kuching, Samarahan, Siburan di Serian serta Lawas di Limbang.
Di Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Sipitang di Pedalaman, Kinabatangan dan Paitan di Sandakan serta Ranau, Kota Belud dan Tuaran di Pantai Barat. Amaran itu berkuat kuasa hingga 8 malam ini.