Wise Sabah: Daftar Ibu Tunggal Sabah

Sekiranya anda seorang ibu tunggal di Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah telah mewujudkan satu laman sesesawang Wise Sabah sebagai satu platform untuk para ibu tunggal.

Laman tersebut diwujudkan untuk memperjuangkan nasib para ibu tunggal di negara di bawah bayu ini.

Pendaftaran ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan Bantuan Sabah Prihatin atau apa-apa permohonan bantuan lain, sebaliknya pendaftaran di laman Wise Sabah ini bertujuan untuk pengumpulan data wanita dan ibu tunggal di negeri ini sahaja.

Kategori Ibu Tunggal

Pendaftaran ibu tunggal dibahagikan mengikut kategori di bawah:

  1. Balu (kematian suami) 
  2. Penceraian 
  3. Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah
  4. Tidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat 
  5. Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja)

Baca juga: Penangguhan Bayaran Cukai Bagi Mangsa Banjir

Dokumen untuk pendaftaran

Berikut merupakan dokumen sokongan untuk pendaftaran mengikut kategori:

  1. Balu (kematian suami) – Sijil Mati Suami dan Sijil Kahwin / Sijil Lahir Anak
  2. Penceraian – Sijil Penceraian
  3. Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah – Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah
  4. Tidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat – Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah dan Sijil Lahir Anak / Surat Pengangkatan Anak
  5. Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja) – Sijil Kahwin dan Surat Akuan Suami Sakit uzur daripada Hospital Kerajaan

Pendaftaran tanpa dokumen sokongan tidak akan diproses.

Cara pendaftaran

Untuk mendaftarkan diri sebagai ibu tunggal, boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman Wise Sabah di alamat https://wise.sabah.gov.my/
  2. Klik pada tab Daftar
  3. Masukkan nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat emel
  4. Klik butang Daftar
  5. Muat naik dokumen seperti senarai di atas
  6. Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi segala butiran

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh layari laman sesawang Wise Sabah atau hubungi 088-236 110.

Total
18
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *