‘Touch Screen’ Rosak? Anda Boleh Guna Cara Ini Untuk Akses Aplikasi

Touch Screen Rosak atau retak akibat terjatuh sudah menjadi perkara biasa bagi pengguna telefon pintar. Ini kerana telefon pintar zaman ini tidak sama seperti zaman dahulu di mana skrin sahaja sudah memenuhi keseluruhan saiz telefon.

Jadi kebarangkalian untuk skrin rosak atau retak sangat tinggi apabila terjatuh. Dan yang paling tidak bernasib baik ialah yang rosak adalah bahagian skrin sesentuh yang membuatkan ianya tidak lagi responsif terhadap sentuhan.

Jika perkara ini berlaku, anda boleh menggunakan cara ini untuk menyelamatkan data anda sementara menunggu masa untuk memperbaiki skrin anda yang retak.

Cara yang dimaksudkan adalah dengan mengawal skrin telefon pintar anda dengan menggunakan tetikus.

Dengan bantuan sebuah dongal yang dipasang di lubang pengecas, anda boleh menyambungkan telefon pintar anda dengan tetikus dan mengawal skrin anda tanpa perlu menyentuh skrin.

Walaubagaimanapun, cara ini terpakai untuk anda yang menggunakan telefon dengan sistem operasi Andriod sahaja. Ini kerana peranti Android telah menyediakan sokongan input berasaskan tetikus.

Malah, anda tidak memerlukan pengesahan peranti tetikus dan anda boleh terus menggunakan tetikus tersebut untuk mengakes telefon pintar anda.

Adakah anda kaedah ini membantu anda? Jika ya jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda. Jika anda rasa ada cara lain lagi untuk membantu orang lain di luar sana yang menghadapi masalah skrin tidak berfungsi bolehlah berkongsi dengan kami.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts