Tips Penjagaan Helmet Motosikal. Ramai Orang Abaikan

Helmet motosikal bukan sekadar melindungi kepala anda dari kecederaan apabila berlakunya kemalangan, namun zaman sekarang ianya menjadi fashion dalam dunia pemotoran.

Antara helmet yang popular digunakan oleh peminat motosikal adalah daripada jenama Shoei, AGV dan Arai. Selain menawarkan cri-ciri keselamatan yang tinggi, ianya juga direka dengan reka bentuk yang menarik.

Sudah tentu, harga helmet jenama di atas tidaklah murah. Ada yang mencecah sehingga puluhan ribu. Lebih-lebih lagi apabila sesuatu model tersebut di keluarkan dengan kuantiti yang sedikit.

Justeri, bagi anda yang mempunyai helmet tidak kira apa-apa jenama sekalipun, adalah sangat penting anda mengutamakan penjagaan helmet sangat penting. Berikut kami kongsikan tips penjagaan motosikal.

1 – Bawa Dengan Cermat

Cara yang terbaik untuk membawa helmet adalah dengan mengikat kemas ‘chinstrap’ dan memegangnya seperti tas tangan atau gunakan sahaja beg yang anda dapat sewaktu membelinya.

Menyeluk lengan anda di bawah ‘chinstrap’ dan keluar melalui ‘eyeport’ sememangnya stabil, tetapi anda mungkin akan menanggalkan atau mematahkan ‘breath deflector’.

2 – Jangan Letak Barang Dalam Tempurung Helmet

Helmet sering kali menjadi tempat untuk meletakkan kunci motosikal, rokok, pemetik api, dan sarung tangan motosikal

Barang-barang yang diletakkan di dalam helmet akan merosakkan lapisan keselesaan helmet. Ia juga pasti akan menyebabkan helmet anda berbau daripada sarung tangan.

3 – Simpan Dengan Cermat

Pastikan helmet anda disimpan dengan cermat. Lebih elok disimpan di dalam almari tinggi bertutup. Ini untuk mengelakkan daripada dijadikan tempat duduk oleh orang tidak bertanggungjawab yang akan merosakkan kekuatan tempurung helmet.

Selain itu, jika anda simpan di dalam almari ianya dapat mengelakkan daripada permukaan luar helmet anda calar akibat tergolek semasa diletakkan di lantai.

4 – Cuci Helmet

Pengeluar selalunya mengesyorkan untuk mencuci tempurung dan pelindung muka dengan hanya menggunakan sabun dan air suam. Tetapi, terdapat pelbagai pencuci helmet yang ada di dalam pasaran yang mudah untuk di bawa bersama sewaktu penunggangan atau ketika berada di litar.

Selain daripada permukaan luar dan pelindung muka, kusyen dalaman juga perlu dibasuh supaya dapat membasmi kuman dan bau yang melekat pada helmet.

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts