Tips Atur Kewangan Bagi Anda Yang Hidup ‘Single’

Menelurusi zaman milinelial ketika ini, memilih untuk hidup bersendirian tanpa pasangan bukanlah satu perkara yang janggal. Lebih-lebih lagi dengan kesibukan kerja yang perlu dihadapi setiap hari menjadikan sesetangah orang berasa selesa untuk menguruskan diri sendiri secara bersendirian.

Ini adalah norma yang perlu kita hadapi ketika ini dan kaum wanita lebih memilih untuk hidup bersendirian lebih-lebih lagi jika mempunyai kerjaya.

Bagi yang ingin hidup bersendirian apa yang penting adalah perlu bijak menguruskan kewangan, kawalan terhadap isu wang sangat penting jika anda ingin menjalani gaya hidup yang bebas tekanan kewangan!

Berikut beberapa tips pengurusan kewangan yang boleh anda guna pakai, tatkala menjalani kehidupan sendirian di bandaraya yang sibuk ini.

Senaraikan Bil Penting

Tiada apa yang penting apabila tinggal sendirian, selain mengira bil-bil penting yang perlu dilunaskan setiap bulan! Ya, anda perlu senaraikan kesemua bil-bil yang perlu di bayar seperti:

  • Bil rumah (jika duduk menyewa atau beli rumah dan perlu bayar secara bulanan)
  • Bil api dan air
  • Bil utiliti (jika ada)
  • Bil internet
  • Bil astro (jika ada)
  • Bil kenderaan (jika ada dan masih tak habis bayar bulanan)
  • Bil cukai dan insuran kenderaan
  • Bil-bil lain yang kamu miliki dan perlu dibayar setiap bulan

Dengan menyenaraikan bil-bil yang kamu perlu bayar, anda dapat peruntukkan wang untuk bil-bil berkenaan dari awal agar tidak bercampur-aduk untuk kegunaan lain.

Apabila hidup bersendirian perkara seperti ini perlu menjadi keutamaan, agar kamu tidak bergelumang dengan hutang-piutang dan kamu peka yang mana satu perlu dibayar mengikut tarikh pembayaran bil-bil yang anda ada.

#2 Asingkan Wang Kecemasan

Malaysian ringgit banknote cash background

Meski anda hidup bersendirian, anda juga perlu asingkan wang untuk kegunaan masa kecemasan kelak kerana kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku di masa hadapan, betul tak?

Lagipun tiada salahnya menyimpan wang untuk kecemasan, kerana kamu boleh bersedia jika berlaku situasi yang mana kamu memerlukan wang segera.

#3 Peruntuk Wang Simpanan Persendirian

Selain kamu perlu peruntukan wang untuk kegunaan kecemasan, anda juga perlu peruntukkan wang untuk simpanan peribadi.

Memanglah kamu ada wang simpanan KWSP, tapi dengan duit gaji yang ada tak salah pun untuk kamu bajetkan RM100 sebulan untuk menyimpan,betul tak?

#4 Bajet Perbelanjaan Sebulan

Setelah mengasingkan wang untuk bayaran bil, simpanan untuk peribadi dan kecemasan, barulah kamu melihat baki wang gaji yang ada.

Dari situ, anda buat bajet perbelanjaan untuk sebulan dengan meliputi:

  • Belanja makan sewaktu kerja
  • Belanja dapur
  • Belanja tambang (jika pergi kerja menaiki kenderaan awam)
  • Belanja minyak kenderaan (jika pergi kerja menaiki kenderaan sendiri)
  • Belanja membeli-belah dan keperluan rumah

Seelok-eloknya berbelanjalah dengan berhemah, apatah lagi menjalani kehidupan di bandaraya yang sibuk seperti di Kuala Lumpu, Putrajaya dan Selangor ini memerlukan kos kehidupan yang tinggi juga.

#5 Pilih Pakej Insuran Diri

Siapa kata hidup solo tak perlukan insuran?

Tahu tak, sebenarnya hidup sendirian lagilah kena ambil insuran dan ianya penting untuk melindungi diri serta masa depan anda.

Oleh itu, pilihlah pakej insuran yang dapat melengkapi aspek kesihatan dan perubatan, hayat, kemalangan peribadi dan sebagainya untuk melindungi diri anda sendiri.

#6 Melabur Untuk Kesenangan Jangka Panjang

Jika anda mempunyai bajet lebih, kamu boleh cuba intai-intai skim pelaburan yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan seperti Maybank, CIMB, Hong Leong, ASNB dan sebagainya.

Kerana melabur dengan bayaran yang sederhana, tetapi dari beri pulangan yang menguntungkan pada hujung tahun adalah berbaloi untuk menambah sumber kewangan anda juga.

Yang penting anda bijak memilih pelaburan yang bagus dan anda juga mampu bayar jumlah pelaburan tersebut pada setiap bulan.

#7 Elak Buat Pinjaman Bank Jika Tiada Keperluan Penting

Kadang-kala apabila tinggal bersendirian, anda juga mudah terpengaruh dengan ajakan pemasaran yang menawarkan pinjaman yang banyak dengan jumlah bayaran semula yang rendah setiap bulan.

Jika anda tiada keperluan penting, dielakkan dari membuat sebarang pinjaman tetapi jika kamu memerlukan pinjaman yang banyak untuk kegunaan perniagaan dan urusan penting.

Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada wanita solo di luar sana yang memilih untukn hidup sendiri dan mandiri!

Total
14
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts