Tip Tampal Pelekat RFID Pada Nombor Plat, Lancar Dan Tak Sangkut

Sebenarnya, penggunaan Radio Frequency Identification (RFID)sudah lama dilancarkan sejak bertahun dulu. Sebekum ini, penggunaan RFID lancar sahaja tanpa ada sebarang masalah.

Namun, baru-baru ini, semenjak semua pengguna kenderaaan diwajibkan untuk menggunkan perkhidmatan RFID ini, ramai yang mendakwa terpaksa menghadapi pelbagai kesukarah termasuklah kesesakan kenderaan di kawasan tol.

Namun dengarnya pihak kerajaan masih memperbaiki lagi situasi ini bagu memudahkan rakyat.

Terbaru, sebuah video yang tukar di Tiktok menunjukkan cara efektif bagi menangani isu ini.

Perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial TikTok ini boleh anda aplikasikan untuk kelancaran perjalanan anda.

Menurut Azri, dia cuba menampalkan secara sementara pelekat RFID pada nombor plat hadapan kenderaannya.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka tip berkenaan berkesan membantunya melepasi lorong RFID dengan mudah.

“Saya cuba buat uji kaji, letak pelekat RFID pada nombor plat. Terus pergi ke plaza tol. Laju dia kesan,” Azri.

Susulan keberkesanan cara itu, Azri mengambil keputusan melekatkan pelekat RFID secara kekal pada plat pendaftaran kenderaannya.

Menerusi video berdurasi satu minit 18 saat itu, Azri melepasi enam plaza tol dan ia dapat dikesan dengan mudah.

@azrizakaria901

Letak sticker dekat belakang no plate (depan). Lebih cepat detect daripada tampal dicermin. Lebih kemas dan tersorok. Sila la cuba. #rfidmalaysia

♬ Droptop – AP Dhillon & Gurinder Gill & Gminxr

“Lebih cepat dikesan daripada tampal pada cermin. Malah ia lebih kemas dan tersorok. Korang boleh cuba,” titip Azri.

Tip yang dikongsikan Azri diakui berkesan warga maya. Rata-rata menghargai perkongsian tip berguna ini.

– “Terima kasih bro, tip yang berguna. Saya sudah buat memang menjadi. Laju dapat kesan dalam kelajuan 40kilometer sejam terus palang naik.”

– “Mantap, terbaik. Terima kasih atas perkongsian, esok jugak nak beli RFID.”

– “Awesome, terima kasih atas perkongsian.”

PENJAGAAN PELEKAT RFID
– Pelekat RFID amat sensitif dan boleh rosak jika ia dikopek untuk dilekatkan pada kenderaan lebih daripada sekali.
– Jangan mencuci cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan dalam masa 24 jam selepas pelekat RFID dipasang.
– Elakkan menggunakan cecair kimia sewaktu membersihkan cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan.
– Jangan menanggalkan atau mengeluarkan pelekat RFID. Ia akan gagal berfungsi sekiranya berbuat demikian.

Sumber: Tiktok azrizakaria90

Total
20
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *