Tidak Perlu Letak Jawatan Jika Langgar SOP, Ia Bukan Satu Jenayah – PM

Terkini, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Hal itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik laporan terkini Awani, Ismail berkata bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah.

“Langgar SOP bukannya jenayah. Tidak ada sangkut paut dengan jenayah, dan Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kompaun.

“Kalau ada siapa kena kompaun kena letak jawatan, saya ingat tiada siapa yang boleh bekerja sebab semua kena letak jawatan,” katanya kepada media, memetik laporan Awani.

Terdahulu, Hishammuddin dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana didakwa melanggar SOP dalam satu himpunan politik pada semalam.

Tindakan kompaun itu diarahkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan kesalahan tersebut diakui Hishammuddin sendiri.

Sumber: Awani

Total
6
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts