Tidak Perlu Kuarantin Bagi Pengembara Lengkap Vaksin Mulai 1 April

Perdana Menteri mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik Covid-19, mulai 1 April ini.

Antara yang bakal dilaksanakan mulai 1 April akan datang adalah pemansuhan MyTravelPass, kuarantin bagi pengembara dan pembukaan sempadan negara kepada warga asing untuk datang sama ada tujuan perniagaan, pendidikan atau pelancongan.

Menurut Perdana Menteri keputusan tersebut dilakukan berdasarkan tiga perkara asas.

“Pertama, ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan Covid-19; keduanya, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain dan ketiga, memberikan keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka.

Apabila sempadan dibuka sepenuhnya pada 1 April akan datang, rakyat negara ini yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.

Baca juga: SOP Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April

Bagi negara yang masih menutup pintu sempadannya, rakyat masih boleh memanfaatkan kaedah Vaccinated Travel Lane (VTL) yang telah dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara yang terbabit.

Manakala, rakyat luar negara dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.

Bagaimanapun, rakyat luar negara hanya perlu muat turun dan aktifkan aplikasi MySejahtera dan melengkapkan pre-departure form melalui fungsi traveller dalam MySejahtera

Selain itu, bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada lagi keperluan kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan Covid-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Menurut Ismail Sabri, Kementerian yang berkaitan juga akan mengeluarkan senarai SOP pembukaan sempadan negara ini secara lebih terperinci dalam waktu terdekat.

Sumber: Kenyataan Media Berkaitan Fasa Peralihan Ke Endemik

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts