Tiada Lagi ‘Walk-In’, Hanya Janji Temu MySejahtera Untuk Dos Penggalak

Dos penggalak telah diberikan kepada penrima vaksin Covid-19 bagi tujuan meningkatkan perlindungan kepada virus yang kian membimbangkan ketika ini.

Jika sebelum ini mereka yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (booster dose) boleh lakukan pendaftaran secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kini tidak lagi.

Menurut ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), suntikan dos penggalak secara ‘walk-in’ tidak lagi diberikan di PPV secara terus tanpa janji temu atau PPV Walk-In.

Protecthelath memaklumkan, hanya mereka yang menerima temu janji di MySejahtera akan dibenarkan untuk mengambil dos penggalak di PPV.

Tindakan itu diputuskan susulan laporan orang ramai beratur panjang sehingga menyebabkan kesesakan berlaku di beberapa PPV di Lembah Klang.

Memetik laporan portal tempatan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, hanya mereka yang menerima tarikh temu janji di aplikasi MySejahtera sahaja akan dibenarkan untuk mengambil dos penggalak di PPV.

Walau bagaimanapun, kepada mereka yang layak dan memerlukan dos penggalak dengan segera namun masih belum menerima janji temu, boleh mendaftar dalam senarai menunggu di PPV pilihan mereka.

Itu berikutan orang ramai telah menyerbu PPV dan menyebabkan kesesakan telah berlaku.

Bagi anda yang ingin mendapatkan dos penggalak dengan segera boleh terus melakukan permohonan menerusi aplikasi MySejahtera.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts