Tiada Lagi Pengeluaran i-Sinar, i-Citra, i-Lestari Atau i-Ceria Sebelum Bersara

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan pengeluaran oleh pencarum setakat ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, sebagai pengurus dana persaraan, perkara yang perlu diutamakan kini ialah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarumnya.

Tegasnya, tiga skim pengeluaran iaitu i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari juga telahpun berakhir pada bulan lalu.

Oleh itu, KWSP tidak bercadang untuk untuk membenarkan pengeluaran menerusi i-Ceria seperti yang dibentangkan oleh ahli parlimen Jempol beberapa hari lalu.

“Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan prestasi kewangan KWSP 2021 pada Rabu.

“Penting setiap daripada kita mempunyai sekuriti simpanan untuk digunakan selepas persaraan atau sewaktu tidak lagi bekerja bagi menjana pendapatan,” katanya.

Beliau menegaskan, selain kesihatan, keupayaan kewangan masyarakat dalam golongan berusia juga perlu dijamin.

Semalam, di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan “i-Ceria” KWSP, iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Mohd Salim ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat dilaporkan berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Baca juga: i-Ceria KWSP : Pengeluaran One-Off Terakhir KWSP?

Total
19
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts