SULUNG: Program Bantu Pelajar B40 Lanjut Pelajaran

SULUNG atau Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia merupakan satu lagi initiatif daripada kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha membantu pelajar B40 menjejakkan kaki ke menara gading.

Program digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai unik.

Ini kerana program tersebut sahaja memberi laluan khusus kemasukan pelajar B40 ke universiti awam, tetapi turut menawarkan biasiswa, asrama dan pementoran sehingga pelajar mendapat pekerjaan.

Baca juga: RM3000 Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia TEKUN

Objetif Program SULUNG

Antara objektif program SULUNG ini ialah untuk:

  • Membantu golongan pelajar B40 keluar daripada kitaran mereka
  • Membuatkan mereka lebih berdikari
  • Agar kejayaan mereka dijadikan motivasi keluarga dan inspirasi komuniti setempat

Bantuan Yang Salurkan

Bantuan yang bakal disalurkan dalam program SULUNG ini ialah:

  • Tawaran Biasiswa
  • Kemudahan Asrama
  • Mentoring sehingga mendapat pekerjaan

Cara Memohon SULUNG

Buat masa ini, belum ada maklumat khusus tentang permohonan program SULUNG. Namun begitu, anda anda boleh merujuk kepada pihak pengurusan IPT masing-masing.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts