Sudah Sembuh Covid-19 Namun Masih Bergejala. Ini Sebabnya

Sudah hampir 2 tahun wabak Covid-19 melanda negara. Sejak daripada itu, bermacam jenis varian Covid-19 muncul seperti Delta dan paling terbaru ialah Omicron.

Setiap kemunculan varian terbaru pasti kes positif Covid-19 ini akan meningkat. Malah, sejak kemunculan varian Omicron, kes positif meningkat sehingga lima angka.

Peningkatan kes positif Covid-19 yang amat drastik ini sangat membimbangkan. Ini kerana jangkitan Covid-19 boleh memberikan implikasi serta kesan buruk kepada kualiti kehidupan anda.

Kesan Jangka Panjang Pesakit Covid19

Bagi yang pernah mendapat keputusan positif Covid-19, pasti pernah merasakan simptom seperti kelesuan/keletihan, batuk, sakit kepala, sesak nafas, hilang deria rasa dan macam-macam lagi.

Namun, kesan simpton ini ada yang terus hilang selepas sembuh daripada Covid-10 dan ada juga berkekalan untuk sesuatu tempoh masa. Ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.

Keadaan ini digelar sebagai Long Covid atau Post Covid Syndrome, di mana berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.

Post Covid Sindrom

Post Covid Syndrome atau Long Covid merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID19 masih mempunyai simptom yang berpanjangan akibat jangkitan COVID19.

Menurut laman NHS, pesakit yang telah mendapat jangkitan COVID19 dan telah sembuh berkemungkinan akan mengalami simptom seperti sakit badan serta lesu berpanjangan dalam tempoh 12 minggu atau lebih.

Malah, simptom ini tidak berkait dengan simptom semasa anda positif. Ada keadaan di mana pesakit yang mempunyai simptom ringan pada mulanya tetapi boleh mengalami masalah jangka panjang selepas jangkitan.

Gejala & Simptom

Terdapat banyak gejala yang boleh anda alami akibat daripda Long Covid atau selepas sembuh daripaa COVID19. Menurut Dr Erna Nadia, antara gejalanya termasuklah:

  1. Kelesuan/keletihan
  2. Batuk
  3. Sakit kepala
  4. Brain fog atau sukar tumpukan perhatian
  5. Mudah sesak nafas
  6. Perlukan effort yang lebih untuk melakukan senaman
  7. Sakit dada
  8. Jantung menjadi laju/ berdebar debar
  9. Sakit sendi
  10. Sakit perut
  11. Cirit birit
  12. Mudah demam
  13. Mudah tumbuh ruam/gegata
  14. Perubahan mood
  15. Hilang deria bau/rasa
  16. Perubahan pada kitaran haid
  17. Mudah berasa sakit

Baca juga: Dos Penggalak Penerima Vaksin Sinovac Dilanjutkan Sehingga 31 Mac

Siapakah Yang Boleh Mengalami Simptom Long Covid Ini?

Buat masa ini, data menunjukkan bahawa kebanyakan pesakit yang mengalami gejala Post Covid Syndrome ini adalah berusia dari 35-69 tahun.

Menurut CPRC Perkhidmatan Hospital KKM, kebarangkalian mengalami simptom jangka panjang tidak dikaitkan dengan tahap kesakitan seseorang ketika pertama kali mendapat jangkitan.

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai simptom ringan pada mulanya dijangkiti Covid-19 masih boleh mengalami masalah jangka panjang selepas daripada jangkitan.

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Jika anda mengalami gejala selepas jangkitan COVID19, dinasihatkan untuk pergi ke klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Langkah Pencegahan

Mencegah adalah lebih daripada mengubati. Antara langkah-langkah yang anda boleh amalkan untuk mengelak daripada dijangkiti Covid adalah:

  1. Patuhi segala SOP dan amalkan Perintah Kawalan Pergerakan Kendiri.
  2. Amalkan 3W iaitu kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer, memakai pelitup muka yang disarankan dan mengamalkan penjarakan fizikal.
  3. Elakkan 3S iaitu sembang dekat, elakkan pergi ke tempat yang sesak dan sempit.
  4. Dapatkan vaksinasi COVID19 berserta dos penggalak bagi membentuk kelompok imuniti.

Pelbagai inisiatif telah dijalankan agar pelbagai lapisan masyarat sedar akan kepentingan mengelakkan jangkitan COVID19.

Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawat. Kita sebagai rakyat Malaysia harus memikul tanggungjawab ini untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Total
14
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts