SOP Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April – PM

Mulai 1 April, Malaysia akan memasuki ke fasa ‘peralihan endemik’ selepas 2 tahun mengharungi fasa pandemik Covid-19.

Keputusan peralihan fasa itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

Malah, sebahagian besar ahli Keluarga Malaysia telah menerima vaksinasi lengkap serta dos penggalak menerusi program-program vaksinasi khususnya Program Imunisasi COVID- 19 Kebangsaan (PICK), PICK Remaja dan PICKids.

Sehingga 7 Mac 2022, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa di dalam negara ialah 98.7 peratus; manakala kadar vaksinasi dos penggalak bagi populasi dewasa ialah 64 peratus.

Melihat kepada kes positif Covid-19, jumlah yang dikategorikan sebagai pesakit Kategori 3, 4 dan 5 amat rendah iaitu 0.7 peratus. Jumlah pesakit COVID-19 yang perlu mendapatkan rawatan serta pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga terkawal buat masa ini iaitu pada kadar 42 peratus penggunaan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, fasa ‘peralihan ke endemik’ ini merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan kita semua kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19.

“Fasa ini juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” katanya.

SOP Fasa Endemik Mulai 1 April

Mulai 1 April berikut merupakan SOP yang akan dilaksanakan:

  1. Pemakaian pelitup muka di tempat awam masih diwajibkan.
  2. Pendaftaran kemasukan menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan.
    • Hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan.
    • MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/ pengunjung.
  3. Had waktu operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan dan mengikut syarat lesen operasi premis.
  4. Pemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan (ventilasi) yang baik di dalam premis.
  5. Sentiasa menjaga kebersihan tangan.
  6. Ujian pengesanan Covid-19 mengikuti tatacara National Testing Strategy.
  7. Aktiviti solat jemaah di surau/masjid atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakkan fizikal. Bagaimanapun ia tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Malaysia/ Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).
  8. Keperluan vaksinasi.
    • Had kapasiti pekerja yang bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
    • Rentas negeri dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi.
  9. Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap kementerian.
  10. Individu yang disyaki atau disahkan positif Covid-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.
    • Ujian pengesanan Covid-19 dan tatacara kuarantin.

Baca juga: Daftar Janji Temu Vaksinasi Kanak-Kanak Di MySejatera Boleh Dibuat Mulai 7 Mac

Sebelum ini, terdapat had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai.

Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut akan dimansuhkan secara menyeluruh, di mana tiada lagi had kapasiti 50 peratus.

Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts