SMEEF 2.0: Bantuan Pembiayaan PKS Sehingga RM100,000

Rentetan daripada bencana banjir yang melanda negara, syarikat yang dikategorikan sebagai Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh memohon Dana Kecemasan PKS 2.0 atau SME Emergency Fund 2.0 (SMEEF 2.0).

SMEEF merupakan produk pembiayaan yang ditawarkan oleh Malaysian Industrial Development Fund (MIDF) yang merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Dana kecemasan ini bertujuan untuk membantu PKS yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai, dan tanah runtuh bagi memulakan kembali peniagaan mereka.

PKS yang terjejas boleh memohon dana pembiayaan SMEEF 2.0 bagi tujuan:

  1. Pembiayaan aset
  2. Modal kerja

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenari SMEEF 2.0.

Jumlah Dan Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang ditawarkan menerusi dana kecemasan ini adalah daripada RM50,000 sehingga RM100,000 dengan tempoh pembiayaan 5 tahun termasuk 12 bulan moratorium. Manakala kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah 0%.

Syarat Kelayakan

PKS yang ingin memohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Berdaftar dengan SSM dan memiliki lesen perniagaan yang sah.
  2. Beroperasi dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana.
  3. Menyediakan bukti kesan bencana alam (contohnya: surat yang dikeluarkan pejabat daerah atau salinan laporan polis).
  4. Syarikat PKS dalam mana-mana sektor ekonomi.
  5. Jualan minimum sekurang-kurangnya RM300,000 dan ke atas atau mempunyai pekerja sepenuh masa sekurang-kurangnya 5 orang dan ke atas.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://bit.ly/3uQj7m5.
  2. Klik butang ‘Register.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
  4. Log masuk dengan memasukkan User ID dan juga kata laluan.
  5. Buat permohonan dan hantar.

Baca juga: Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP)

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SMEEF 2.0, sila hubungi pihak MIDF di talian 1-300-88-6433.

Total
9
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts