SKIPP: Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) terus komited dalam membantu peniaga kecil dan peniaga home-based business di kalangan golongan sasar.

Untuk pengetahuan umum, YPKDT adalah yayasan yang diluluskan penubuhannya oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor pada 19 Mei 1997 dan mula beroperasi pada 1 Oktober 1997.

Terbaharu, YPKDT telah membuka permohonan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan bantuan peralatan perniagaan menerusi Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP).

SKIPP yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Negeri Johor terlibat dalam bidang perniagaan terutamanya kepada golongan sasar.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai program Skim Bantuan Peralatan Perniagaan (SKIPP).

Kategori Permohonan

SKIPP disasarkan kepada golongan B40. Terdapat tiga kategori yang layak memohon skim bantuan ini adalah:

  1. Wanita (ibu tunggal dan B40)
  2. Belia (berumur 18 tahun hingga 40 tahun)
  3. Orang Kurang Upaya (OKU)

Syarat Kelayakan

Bagi anda yang berminat untuk memohon SKIPP ini, anda mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Berumur di antara 18 tahun sehingga 65 tahun (bagi ibu tunggal dan wanita); atau
  2. Berumur di antara 18 tahun sehingga 40 tahun (bagi belia); atau
  3. Berumur di antara 18 tahun sehingga 60 tahun (bagi OKU).
  4. Pemohon mempunyai Surat Pengesahan Ibu Tunggal/Sijil Kematian Suami/Sijil Penceraian (bagi ibu tunggal dan wanita).
  5. Pemohon mempunyai Sijil Pendaftaran OKU/Kad OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (bagi OKU).
  6. Warganegara Malaysia
  7. Pemohon kelahiran Negeri Johor/bermastautin di Negeri Johor melebihi 5 tahun.
  8. Mempunyai pendapatan bulanan bagi kategori B40 yang tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.
  9. Pemohon masih aktif dan mampu bekerja dan mengembangkan perniagaan.
  10. Telah menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di rumah (home-based business) atau mempunyai premis perniagaan sendiri.
  11. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah/pernah mengikuti program/kursus anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
  12. Pertimbangan akan diberikan kepada pemohon yang belum/ tidak pernah mengikuti program/kursus anjuran YPKDT berpandukan beberapa terma dan syarat.
  13. Telah mendaftar sebagai golongan sasar (ibu tunggal, wanita, belia dan OKU B40) di bawah SMART (Sistem Maklumat Golongan Sasar) YPKDT menggunakan borang SMART.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan SKIPP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan YPKDT/borang.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen sokongan.
  4. Hantar borang permohonan ke pejabat YPKDT yang berhampiran.

Permohonan adalah tertakluk kepada Terma & Syarat yang boleh didapati melalui laman web rasmi www.ypkdt.org.my

Dokumen Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan bersama-sama dengan borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan MyKad/Kad Pengenalan.
  2. Sekeping gambar berukuran passport.
  3. Surat Pengesahan Ibu Tunggal/salinan Sijil Kematian Suami/Sijil Penceraian (Ibu Tunggal).
  4. Salinan Kad Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)/ Kad OKU di bawah JKM.
  5. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) (sekiranya ada).
  6. Salinan Slip Gaji Terkini (Jika masih bekerja beserta cop pengesahan majikan).
  7. Pengesahan Pendapatan Bulanan Oleh Penghulu/Ketua Masyarakat/ Pegawai Daerah/Ketua Jabatan atau mana-mana Pegawai Kerajaan atau golongan profesional (sekiranya tiada slip gaji).
  8. Beberapa keping gambar produk, premis atau kedai dan perniagaan sedia ada.

Baca juga: Daftar Janji Temu Vaksinasi Kanak-Kanak Di MySejatera Boleh Dibuat Mulai 7 Mac

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan skim bantuan ini telah dibuka dan akan ditutup pada 15 Mac 2022.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai SKIPP, sila layari laman web http://ypkdt.org.my/.

Total
13
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts