Skim Pinjaman Inovatif PR1MA Bantu Individu Gaji Kecil Miliki Rumah

Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) akan kerjasama Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bagi melaksanakan Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA melalui peruntukan sebanyak RM2 bilion yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim tersebut bakal membolehkan lebih ramai Keluarga Malaysia memiliki rumah sendiri, termasuk mereka yang menghadapi masalah mendapatkan kelulusan pembiayaan kerana tiada pendapatan tetap.

Ianya selari dengan Kempen Pemilikan Rumah, ‘Home Ownership Programme’ (HOPE) oleh KPKT Malaysia dan wawasan untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan “1 Keluarga 1 Rumah”.

Buat permulaan, Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA ditawarkan kepada pembeli Residensi Larkin Indah sebelum diperluaskan ke projek-projek PR1MA yang lain di seluruh negara.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang skim ini dan cara membuat permohonan.

Baca juga: Tidak Perlu Kuarantin Bagi Pengembara Lengkap Vaksin Mulai 1 April

Syarat Kelayakan SJKP

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi mendapatkan Skim Jaminan Kredit Perumahan:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Tempoh Pembiayaan SJKP

Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu. Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.

Terma & Syarat Pembiayaan

  • Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
  • Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja
  • Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
  • Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
  • MRTA / MRTT : Wajib
  • Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan

Proses Permohonan Skim Pinjaman Inovatif PR1MA

Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah SJKP ini adalah seperti berikut:

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
  3. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Proses Permohonan PR1MA

Pemilihan pemilik rumah yang berjaya dan peruntukan unit rumah PRIMA akan dilakukan melalui proses pengundian terbuka untuk pembangunan yang baru dilancarkan.

Untuk permohonan, sila rujuk pautan di bawah:

https://www.pr1ma.my/elh/eligibility-homes/bm#sectionstep

Harga Rumah PR1MA

Kediaman PRIMA dibina dengan harga di antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit, secara purata 20% lebih rendah daripada harga pasaran.

pihak PR1MA telah membuat pendekatan pemilikan rumah secara holistik iaitu daripada membina rumah sehinggalah mencari solusi dalam mencari pembiayaan yang bersesuaian buat pada pembeli.

Senarai Projek Terkini Rumah PRIMA seluruh negara boleh disemak di laman web berikut:
https://www.pr1ma.my/pr1ma-properties/hms/homes/bm

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang PR1MA dan juga SKJP seperti di bawah:

Total
26
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts