Skim i-Lestari 2022 Hijrah Selangor : Biayaan Niaga Sehingga RM100,000

Skim i-Lestari 2022 menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan dari RM51,000 sehingga RM100,000 kepada individu yang sudah menjalankan aktiviti perniagaan bagi memberi peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.

Skim ini merupakan initiatif Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Skim Hijrah Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil.

Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015 dan sejak itu Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM139 juta bagi Hijrah Selangor. Ianya bertujuan untuk memberikan pinjaman mikro kredit kepada peniaga kecil bagi perlaksanaan program membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan skim i-Lestari 2022:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Rakyat Selangor / bermastautin melebihi 5 tahun
  3. Mengundi dalam negeri Selangor
  4. Berumur 18 hingga 65 tahun
  5. Perniagaan sudah beroperasi
  6. Mempunyai premis perniagaan yang khusus
  7. Mempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan
  8. Mempunyai lesen / permit perniagaan yang sah
  9. Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  10. terlibat secara langsung dalam perniagaan
  11. Satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan.

Syarat Pembiayaan Skim i-Lestari

  1. Had pembiayaan RM51,000 sehingga RM100,000.
  2. Tempoh pembiayaan 50 minggu (setahun) sehingga 250 minggu (5 tahun).
  3. Caj perkhidmatan 8% setahun.
  4. Wajib membuat tabungan.
  5. Bayar balik secara mingguan / bulanan (tertakluk kepada perubahan semasa).

Cara Memohon Skim i-Lestari

  1. Layari https://www.hijrahselangor.com/skim-pembiayaan-i-lestari/
  2. Pergi ke menu PERKHIDMATAN
  3. Pilih tab SKIM PEMBIAYAAN i-LESTARI
  4. Sediakan dokumen permohonan seperti berikut:
    • 2 Keping gambar berukuran passport.
    • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
    • Salinan lesen perniagaan (SSM / BPT / kad nelayan / geran tanah).
    • Salinan penyata akaun bank 6 bulan terkini / buku bank.
    • Gambar perniagaan pemohon.
    • Salinan bil utiliti permis dan tempat tinggal pemohon.

Baca juga: Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU 2022) Bank Rakyat

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan melalui emel kami di [email protected] atau talian tetap +603 5519 1692.

Total
30
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts