SJKP Bantu Individu Tiada Slip Gaji Tetap Beli Rumah

Dengan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM2 bilion dalam Belanjawan 2022, SJKP atau Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad SJKP akan membantu rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan slip gaji untuk membuat pinjaman perumahan.

Usaha daripada syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu membuktikan komitmen kerajaan yang ingin melihat Keluarga Malaysia mendapat akses kepada pembiayaan perumahan seperti Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dengan lebih mudah dan luas.

Baca juga: Dividen KWSP 2021 Lebih Tinggi. Tarikh Semak Dividen Mulai 6 Mac 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif tersebut membolehkan lebih ramai Keluarga Malaysia memiliki rumah sendiri, termasuk mereka yang menghadapi masalah mendapatkan kelulusan pembiayaan.

Kerajaan akan terus menyokong usaha PR1MA dalam menjalankan mandat mereka dan membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri yang membolehkan penghuninya menikmati kehidupan yang mampan.

Menurutnya, pihak PR1MA telah membuat pendekatan pemilikan rumah secara holistik iaitu daripada membina rumah sehinggalah mencari solusi dalam mencari pembiayaan yang bersesuaian buat pada pembeli.

Kerajaan berharap aspirasi ‘1 Keluarga 1 Rumah’ dapat direalisasikan dan semoga PR1MA dapat memainkan peranan dalam membantu kerajaan untuk mencapai wawasan ini.

Total
8
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts