Bahaya Minum Air Kosong Berlebihan. Ini Sebabnya

Selalu kita dengan nasihat supaya digalakkan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 3 Liter sehari bergantung kepada berat badan. Ini kerana meminum air kosong membantu dalam penghadaman dan kekal hidrasi.

Namun tahukah anda, pengambilan air kosong yang berlebihan juga boleh memberi kemudaratan kepada tubuh kita.

Ada orang percaya dengan kerap minum air kosong mampu menurunkan berat badan. Namun mitos tersebut adalah kurang tepat. Ini kerana amalan pemakanan adalah faktor yang paling utama dalam menyumbang kepada penurunan berat badan.

Sebenarnya pengambilan air berlebihan melebihi 3L sehari mungkin memberi beban kepada ginjal. Pernah ada satu kes di mana seorang gadis minum 5 liter air sehari, untuk menjadi kurus, mengalami sawan. Ini kerana ia boleh menyebabkan sel badan termasuk otak membengkak, dan mengalami sawan.

Baca juga: Ini Kesan Selalu Beri Anak Air Bergas Atau Berkarbonat – Doktor

Selain itu, pengambilan air yang berlebihan juga menyebabkan kita akan kencing kerap dan mengeluarkan garam sodium yang banyak sehingga menyebabkan kekurangan mineral ini dalam tubuh. Keadaan ini dipanggil Hyponatraemia. Ini menyebabkan kekejangan pada otot.

Tambahan lagi, apabila kandungan air dalam tubuh badan terlalu banyak, fungsi buah pinggang mungkin akan terganggu dan air tidak mampu dibuang sepenuhnya. Jika air tidak mampu dibuang sepenuhnya, maka kandungan elektrolit dan garam pula yang akan terkeluar daripada tubuh badan.

Antara simptom-simptom yang boleh berlaku disebabkan terlebih minum air adalah:

  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Pening kepala
  • Lemah otot
  • Sawan
  • Koma

Kesimpulannya, disarankan untuk minum air pada kadar sepatutnya. Jika kencing kita menjadi jernih, berkemungkinan kita telah minum air yang terlalu banyak. Air kencing yang normal berwarna sedikit kekuningan.Jadi bersederhanalah. Minum air terlalu banyak pun bahaya, tidak cukup minum air pun bahaya.

Total
18
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts