SBBU 2022: Skim Kebajikan Bagi Anggota Tentera

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) 2022 merupakan skim kebajikan yang diberikan dalam bentuk kewangan atau peralatan sokongan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat yang menghidap sebarang penyakit atau kecederaan yang dihadapi.

Ini sekaligus dapat membantu keluarga anggota dalam menguruskan pembiayaan bantuan perubatan yang diperlukan untuk merawat anggota terbabit.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai permohonan SBBU 2022.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan skim SBBU ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera sahaja.
  2. Telah menjadi anggota Koperasi Tentera selama 3 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera dalam tempoh permohonan.
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota Koperasi Tentera), hanya 1 permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Keutamaan diberikan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat (isteri/suami/ibu/bapa/anak) yang menghidapi penyakit kronik berlarutan.
  6. Permohonan terhad hanya seorang sahaja pesakit yang layak dimohon dalam satu keluarga.

Cara Memohon

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk memohon skim SSBU 2022.

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://www.katmb.com.my/
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap
  3. Sediakan dokumen sokongan seperti tertera di pautan SBBU 2022.
    1. Pemohon
      • Salinan MyTentera (Anggota ATM)
      • Salinan MyKad (Awam/Pesara)
      • Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank
    2. Pesakit
      • Salinan Mykad
      • Surat Perubatan Terkini dari Hospital/Klinik
      • Salinan Kad Kebajikan OKU (Bagi Pesakit OKU)
  4. Hantar borang permohonan bersama dokumen sokongan ke alamat berikut:

    Koperasi Tentera
    Wisma Koperasi Tentera
    No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
    53000 Kuala Lumpur
    (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Baca juga: Skim Bantuan Peralatan Perniagaan Johor (SKIPP)

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi skim sumbangan ini telah dibuka pada 1 Mac 2022 dan akan ditutup pada 1 April 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan Koperasi Tentera berhampiran.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts