SAVE 3.0: Rebat RM400 Untuk Barangan Elektrik

Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE 3.0) adalah salah satu program daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) yang memberikan e-Rebat maksimum RM400 kepada isi rumah domestik yang membeli cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang.

)Inisiatif ST melalui program SAVE 3.0 dijangka ini akan memberi manfaat kepada 80,000 isi rumah dan jumlah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merupakan Kementerian yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan SAVE 3.0 dan SEDA Malaysia telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana dengan sokongan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Selain itu, Program SAVE 3.0 ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menggalakkan mereka membeli peralatan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan elektrik pengguna, terutamanya untuk pengguna domestik.

Dengan adanya e-rebat ini juga, ianya akan membantu penambahan jumlah lima (5) dan empat (4) bintang peralatan elektrik cekap tenaga dan peralatan cekap tenaga di pasaran.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, terdapat kira-kira 1,400 premis perniagaan berdaftar meliputi premis fizikal serta platform e-dagang menawarkan pembelian menggunakan baucar rebat berkenaan.

Baca juga: Permohonan Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0)

Kadar E-Rebat

Kadar e-rebat adalah bermula RM50 sehingga RM400, bergantung kepada jenis kategori peralatan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

  1. Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  2. Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  3. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  4. Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

Di Mana Boleh E-Rebat Boleh Digunakan?

Pembelian boleh buat secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

Jenis Kategori E-Rebat SAVE 3.0

Program SAVE 3.0 berbeza dengan Program SAVE 2.0 yang terhad kepada alat penyaman udara atau peti sejuk dengan nilai rebat sebanyak RM200.

Program ini memberikan sehingga RM400 e-Rebat kepada isi rumah domestik yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga dengan 4 atau 5 bintang label kecekapan tenaga daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Terdapat 2 kategori e-rebat:

Kategori 1 : Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan (e-rebat RM200)

Kategori 2 : Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi (e-rebat RM50/RM100/RM200).

Cara Menebus E-Rebat SAVE 3.0

Untuk menebus baucar, sila ke pautan berikut:

  1. Shopee : https://shopee.com.my/m/program-save
  2. Lazada : https://www.lazada.com.my/program-save
  3. PGMall: https://www.pgmall.my/
  4. Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)

Tempoh Penebusan E-Rebat

Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall daripada dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian atau hantarkan emel ke alamat di bawah:

Total
3
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts