Saguhati Umrah RM1671 Kepada Jemaah Terkesan Akibat Penangguhan

Seperti sedia maklum, Kerajaan Malaysia sebelum ini telah membuat keputusan untuk menangguhkan kebenaran perjalanan Umrah bermula 8 Januari 2022 bagi mengurangkan risiko penularan wabak Omicron yang dibawa dari luar ke dalam negara.

Susulan daripada penangguhan sementara perjalanan Umrah akibat penularan Omicron, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan saguhati kepada jemaah Umrah yang terlibat sebanyak RM1,671 seorang.

Persetujuan pemberian saguhati tersebut dibuat selepas daripada mesyuarat antara Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Kewangan Malaysia dan Tabung Haji (TH), YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad.

Saguhati sebanyak sebanyak RM1,671 seorang tersebut akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan TH jemaah umrah yang terlibat. Namun begitu, daripada 8,027 jemaah Umrah terbabit pihak TH mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.

Jumlah Saguhati

Jumlah saguhati yang akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia bagi jemaah Umrah yang terjejas adalah sebanyak RM1,671 seorang kepada 8,027 jemaah umrah.

Tarikh Bayaran

Bayaran saguhati ini akan dikreditkan kepada akaun Tabung Haji setiap jemaah Umrah yang terlibat mulai 18 Februari 2022.

Namun begitu, daripada 8,027 jemaah yang layak, masih ramai yang belum mempunyai akaun Tabung Haji. Pihak Tabung Haji menyarankan untuk mereka membuka akaun untuk mendapatkan wang saguhati tersebut sebelum tarikh 18 Februari.

Cara Buka Akaun Tabung Haji Secara Online

Para jemaah umrah boleh melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik dan deposit permulaan.

Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendaftar secara atas talian, boleh terus ke cawangan TH terdekat untuk tujuan pendaftaran dan akan dibantu sebaiknya oleh semua kakitangan di cawangan-cawangan TH.

Pihak TH akan membantu segala tuntutan pembayaran dan mempermudahkan semaksimanya supaya tidak berlaku kesulitan yang besar terhadap tuntutan ini. Para jemaah yang terkesan akan dilayan dengan serta merta tanpa perlu beratur dan menunggu lama.

Maklumat Lanjut

layari laman sesawang http://www.thijari.com.my/ atau hadir ke cawangan TH berdekatan dengan anda.

Total
22
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts