Rumah Mampu Milik Terengganu : Permohonan RMR – Rahman 2022

Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) adalah antara inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah sekitar RM68,000 atau isi rumah kategori B40 dengan menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat di Terengganu.

Terdapat 3 jenis Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu iaitu Rumah Mampu Milik, RMM Jenis A (Awam dan Penswastaan) dan RMM jenis B, dan Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Manakala 2 jenis Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-Rahman) ditawarkan iaitu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri (RMR Rahman) dan Beli Rumah Penswastaan (RMM Jenis A Penswastaan).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang RMMT bagi rakyat Terengganu yang berminat untuk membeli atau membina rumah di Terengganu.

Syarat Permohonan RMMT Mengikut Kategori Rumah

Sila rujuk syarat terperinci di bawah mengikut kategori jenis A, B dan i-Rahman

SYARAT KELAYAKAN JENIS A

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:
    • Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
    • Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
  1. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  2. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  3. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

SYARAT KELAYAKAN JENIS B

  1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  2. 21 tahun keatas
  3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
  4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
  7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
  8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

SYARAT KELAYAKAN RMR-RAHMAN

  1. Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak);
  2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;
  3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;
  4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00
  5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut
  6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;
  7. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan
  8. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.

Tempoh Permohonan RMR-Rahman

Permohonan dibuka mulai 17 Oktober 2021 sehingga 28 Februari 2022 di pautan laman sesawang ePerumahan Terengganu.

Kadar Pembiayaan & Subsidi

KADAR PEMBIAYAAN PEMBINAAN RUMAH

Pembinaan RMR RAHMAN ini akan mendapat subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.

Kos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.

KADAR PEMBIAYAAN PEMBELIAN RUMAH

Rumah yang akan ditawarkan di bawah skim ini ditawarkan dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja.

Tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebanyak RM266.70.

Cara Permohonan RMMT

Kesemua permohonan adalah secara atas talian sejak tahun 2014 melalui Portal ePerumahan Terengganu untuk memudahkan rakyat tanpa perlu hadir ke pejabat.

Permohonan online dan syarat-syarat lanjut boleh disemak melalui pautan berikut:

https://eperumahan.terengganu.gov.my

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk di laman web e-perumahan di pautan laman sesawang https://eperumahan.terengganu.gov.my mengenai syarat-syarat, dokumen yang diperlukan untuk membuat sebarang permohonan yang ditawarkan oleh SUK (Bahagian Perumahan).

Total
9
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts