PKBD Lulus Suntikan Vaksin Pada Kanak-Kanak 5 hingga 11 Tahun

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD @ DCA) telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam sidang media hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Mesyuarat PBKD kali ke-368 yang bersidang hari ini bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin berkenaan.

Ini bakal menyaksikan kali pertama golongan berusia itu menerima vaksin di negara ini.

Vaksin yang diluluskan untuk imunisasi Covid-19 kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun adalah jenis Vaksin Comirnaty dari Pfizer-BioNTech.

Vaksin Comirnaty dengan formulasi baharu (Tris/Sucrose) yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi dan mempunyai tempoh jangka hayat yang lebih panjang iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (satu bulan) apabila disimpan pada suhu 2 darjah Celsius hingga 8 darjah Celsius selepas dinyahbeku.

Sediaan ini mempunyai kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.

Namun begitu bilakah perlaksanaannya akan bermula belum diumumkan lagi. Ianya akan dipengerusikan oleh Jawatankuasa Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (CITF-C) untuk menjalankan pelaksanaan Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICK Kanak-kanak).

Sebelum ini kerajaan menubuhkan COVID-19 Remaja (CITF-A) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B).

Dalam laporan sebelum ini juga, KKM telah memaklumkan bahawa pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022.

Baca juga: Cara Daftar Senarai Menunggu Vaksin Dos Penggalak

Sumber: Harian Metro

Total
21
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts