Permohonan URUS Dilanjutkan Sehingga Bulan Mac 2022

Pada bulan Oktober yang tahun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS).

URUS ini merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan B50 yang terjejas.

Program ini turut merangkumi juga peminjam di dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan di dalam program ini.

Program tersebut telah pun bermula pada November 2021 dan bakal berakhir pada 31 januari 2022 ini. Namun, ianya dilanjutkan sehingga 31 Mac depan.

Tarikh akhir permohonan bagi Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan atau URUS yang sepatutnya berakhir pada 31 Januari ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022.

Manakala, untuk pelanggan B50 yang mengikuti program bantuan banjir, tarikh permohonan URUS turut dilanjutkan 31 Julai 2022 atau selepas tamat tempoh program bantuan banjir, yang mana lebih awal.

Perkara ini disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Bagi pelanggan individu yang berada di bawah program bantuan pembayaran balik sedia ada disediakan oleh bank pada 30 September 2021 dan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan boleh memohon URUS.

Kelebihan Program URUS

Melalui URUS, peminjam berpeluang untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangan terutama sekali di masa mencabar ketika pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

URUS merupakan pelan pembayaran pembiayaan yang komprehensif di mana pelanggan boleh mendapat pengecualian untuk pembayaran keuntungan selama tiga bulan dan pengurangan pembayaran ansuran untuk tempoh 24 bulan.

Tarikh Dilanjutkan

Tarikh permohonan URUS dilanjutkan dari 31 januari 2022 sehingga 31 Mac 2022.

Kelayakan Bantuan URUS B50

Program URUS B50 adalah program pengurusan dan ketahanan kewangan kepada mereka yang:

  1. Sudahpun berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
  2. Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880 (B40 dan ke bawah).
  3. Mempunyai pinjaman . pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat; DAN
  4. Mengalami
    • Kehilangan pekerjaan; ATAU
    • Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%

Maklumat Lanjut

Untuk butiran lanjut, sila rujuk Soalan Lazim mengenai URUS yang boleh didapati di laman web bank dan di cawangan mereka, serta di persatuan perbankan dan laman web AKPK.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts