Permohonan Subsidi RM100 Asuh Pintar 2022 Kini Dibuka

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sekali meneruskan subsidi yuran taska sebanyak RM 100 bagi yang layak.

Untuk makluman, program ASUH PINTAR telah dijenamakan semula yang dikenali sebagai SIKEMBA sebelum ini.

Walaubagaimanapun, subsidi ini akan diberikan pelajar yang mendaftar di tadika yang berdaftar sahaja. Boleh rujuk di sini.

Kadar Subsidi

Subsidi yang akan diberikan adalah sebanyak RM100 setiap bulan sebagai bantuan yuran taska atau nurseri.

Cara Subsidi Disalurkan

Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir serta menetap di Selangor atau tidak dilahirkan di Selangor tetapi menetap sekurang-kurangnya lima tahun
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah
  • Suami dan isteri bekerja
  • Anak berumur empat tahun ke bawah
  • Terhad kepada dua anak sahaja
  • Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Ibu dan bapa pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Cara Memohon

Bagi permohonan anak asuhan tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian(online) dan dokumen sokongan lengkap WAJIB disertakan adalah seperti berikut;

  1. Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem
  2. Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon
  3. Salinan MyKad Ibu
  4. Salinan MyKad Bapa
  5. Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
  6. Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
  7. Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
  8. Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

*Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut: 

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerusi Facebook memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi https://asuhpintar.yawas.my  atau menghubungi talian 03-54818800.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5481 8800 atau layari laman sesawang YAWAS di asuhpintar.yawas.my.

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts