Permohonan RM150 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2022

Pihak kerajaan telah menyediakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 iaitu meningkat RM100 berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Hal ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 yang lalu dalam Sidang Dewan Rakyat.Sejumlah RM450 juta  diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak.

Apa itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal persekolahan (BAP) merupakan salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kewangan keluarga yang berpendapatan rendah

Mula diperkenalkan pada tahun 2012, ia bertujuan membantu ibubapa atau penjaga pada awal sesi persekolahan setiap tahun.

Ia diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Syarat dan Kriteria Kelayakan

Murid-mudir yang layak mendapat bantuan awal persekolahan hendaklah memenuhi kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  3. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Jumlah Bayaran

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Cara Membuat Permohonan 

Bagi bantuan ini, murid yang layak akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan pendapatan  isi rumah bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. 

Pihak sekolah akan memaklumkan kepada Ibu/bapa atau penjaga bagi mengisi borang PB-1 atau anda boleh download borang tersebut di bawah ini.

Borang PB-1 (Borang Permohonan Bantuan Persekolahan)Download

Sekiranya ibu/bapa/penjaga yang bekerja sendiri dan tiada penyata pendapatan atau slip gaji, hendaklah mengisi borang PB-2 di bawah.

Borang Pengesahan Pendapatan (Borang PB-2)Download

Borang ini perlu dikemukakan oleh ibu bapa/penjaga bagi memohon Bantuan Awal Persekolahan kepada pihak sekolah dengan mengisi maklumat lengkap iaitu:

  1. Butir-butir murid (Bahagian B)
  2. Pendapatan keluarga (Bahagian C)
  3. Perakuan Ibu/Bapa/Penjaga (Bahagian D)

* Bahagian A dan bahagian E tidak perlu diisi oleh ibu bapa atau penjaga kerana ia akan diisi oleh pihak sekolah jawatankuasa kelulusan bantuan murid peringkat sekolah.

Dokumen Yang Diperlukan

Penghantaran borang yang telah lengkap boleh dilakukan ke pejabat sekolah mengikut SOP yang telah ditetapkan. 

1. Borang PB-1 (telah lengkap)

2. Borang PB-2 (jika tiada penyata pendapatan)

3. Salinan sijil lahir murid

4. Salinan KP Ibu Bapa/ Penjaga

5. Bukti pendapatan (salinan slip gaji/ penyata pendapatan/ Borang Pengesahan Pendapatan-Borang PB-2)

5. Salinan Kad OKU (jika berkenaan)

6. Sijil kematian ibu/ bapa (jika berkenaan)

Borang Pengesahan Pendapatan (Borang PB-2)

Bagi ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai penyata pendapatan/slip gaji perlu mengisi borang PB-2 sebagai akuan pendapatan.

Ia peru ditandangan dan mendapat cop rasi daripada mana-mana pegawai berikut:

  1. Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Professional
  2. /Pengerusi JKKK
  3. / Penyelia Pembangunan Mukim/
  4. Penghulu
  5. Penggawa
  6. Ketua Kampung atau yang setaraf dengannya

Info dan maklumat lanjut

Info lanjut tentang BAP, sila layari laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia berikut;  https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

Total
18
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts